Images

Ke manu Utama

"Silat Batin Doa Seribu Guna" Ilmu Pertahanan Diri tertinggi Dalam Dunia Persilatan, Kami Junjung Sebagai Khazanah Yang wajib Dipelihara"

Daripada:
Pak Batin  Marifat.

Peminat Silat Yang Budiman,

Ayuh kita kongsi bersama, khazanah ilmu persilatan yang kian ditinggalkan. Silat batin sesuai dengan orang yang malas latihan fizikal. Sebaliknya sesuai dengan orang yang suka duduk  bersendirian beberapa jam dalam sehari, terutama waktu malam. Seperti juga dalam seni mempertahankan diri secara fizikal, sesiapa yang rajin berlatih maka dialah yang lebih menguasai teknik-teknik beladiri. Menang dan kalah dalam ilmu persilatan fizikal adalah isu lain.   Dalam Silat Batin, siapa yang jujur dialah pemenangnya. Tetapi jujur mestilah disertai dengan sifat rajin beramal kerana malas adalah salah satu sifat yang tercela. 

Amalan yang kami gunakan adalah doa khusus dan kaedah khusus yang boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja yang yakin adanya Allah s.w.t. Kaedah melakukan sesuatu mungkin menjadi penentu keberhasilan amalan seseorang. Selain itu, ia perlu dibantu oleh orang yang ahli dalam bidang itu. Kami tidak bercerita lebih panjang kerana kami bukan bertujuan bussiness. Kami hanya berkongsi pengalaman dengan peminat  Silat Batin. Sesiapa yang berminat berkongsi pengalaman dengan kami, sila hubungi kami dengan menggunakan email di bawah. Kami akan  memberi tutorial  berterusan sehingga ke satu tahap di mana anda boleh berjalan sendiri.  

Selepas sebulan  anda mengikuti tutorial kami, rasakan  sesuatu dalam diri anda. Kalau masih tidak berhasil, Kami akan terus membantu dari jauh sehingga anda mendapat sesuatu yang anda dihajati. Tutorial kami adalah percuma. Kenapa mesti kami bersusah payah untuk anda? Sebenarnya membimbing seseorang secara batin dari jauh, akan lebih memantapkan  penguasaan batin seseorang. Kami juga sering berlatih  (amal ) berkomunikasi dengan Guru tua kami, walau pun kami jauh di perantauan. Guru tua kami ialah Kiaie Hj. Muhammad Saman Al-Banjari. 

Di bawah ini adalah tips  yang ingin kami kongsikan bersama para peminat yang budiman.
tick Cara mempertahankan diri secara batin. 
Tick Pukulan mengikut gerak tubuh  badan  sendiri. 
Tick Boleh bermain Silat dalam tempoh beberapa minit sahaja tanpa berguru. 
Tick Memberi rawatan kepada penyakit-penyakit ganjil yang tidak boleh dirawat secara moden.
Tick Mencari firasat batin mengenai sesuatu urusan sulit.
Tick Tutorial latihan perangai dan  tingkalaku.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi email di bawah.


Pak Batin Marifat.
excelea76@gmail.com
Images